Ejo Jo menyerang BoBoiBoy dengan kuasa Yaya, Ying dan Gopal. Kemudian, Adu Du bergabung dengan BoBoiBoy dan Mukalakus untuk bertarung dengan Ejo Jo.
BoBoiBoy, Gopal, Ying, Yaya dan Adu Du dengan Mukalakus telah jatuh ke perangkap Ejo Jo dengan Kokon Bayang. Kini terpulang kepada Trio Kebenaran (Papa Zola, Tok Aba, dan Iwan) untuk menyelamatkan mereka.
Di Markas Kotak, Adu Du sedang cuba membaiki dan memulihkan Probe, si robot pembantunya yang teruk dimusnahkan oleh Ejo Jo. Perbuatan Adu Du itu disaksikan oleh Komputer dan Kambing S8000. Adu Du memasukkan kor tenaga Robot PETAI ke dalam bangkai Probe.
BoBoiBoy dan Tok Aba harus mengajar Adu Du untuk menjadi alien yang baik dan berguna supaya dia dapat insaf dan menebus kesalahannya.
Tiba-tiba, BoBoiBoy dikejutkan oleh suara Ochobot yang muncul sebagai hologram di jam tangan kuasanya. Ochobot lantang menyuruh BoBoiBoy untuk segera memasang saluran TV33. Dalam berita tersebut, wartawan Ravi J. Jambul, melaporkan bahawa terdapat kekacauan di kota besar kerana Raksasa gergasi menyerang kota-kota.