Iman Shah, seorang juruwang di Bintang Bank, terdesak untuk mencari wang apabila keluarganya ditimpa kesusahan
Iman terpaksa mencari jalan untuk menutup kesalahannya apabila polis menyerbu tempat kerjanya.
Devan dan konco-konconya menceroboh rumah Iman untuk mendapatkan rahsia di sebalik kekayaan Iman.
Iman terpaksa ke jalanan untuk menyelamatkan abahnya.
Iman kini terhutang budi dengan Ibu Zara, seorang penjenayah besar di ibukota.
Iman mula mengecapi kekayaan buat pertama kali dalam hidupnya, namun abahnya semakin risau.
Iman terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada Ibu Zara, namun sudah terlambatkah untuknya?.
Kini digelar 'One Cent Thief', Iman kini diburu pihak berkuasa. Adakah Iman berjaya mencari jalan keluar.
Iman kini dalam jagaan Karma Digital. Berazam untuk kembali kepada Ayah dan Intan, Iman mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Abah meyakinkan Iman untuk bekerja dengan Digital Karma, mereka akhirnya menemui tempat Ibu Zara menyimpan wangnya.
Iman dan Diyana cuba mencari jalan untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka. Intan bergelut dengan perjuangannya untuk keadilan, Dzia merasakan dia perlu melakukan sesuatu.
Mengetahui Abah dan Intan diancam, Iman perlu pergi menyelamatkan mereka. Dzia mengalami masalah apabila Intan memecahkan rahsianya.