Azizi seorang autism yang perfeksionisme telah jatuh cinta dengan Qaisara, pekerja café,namun tanpa diduga Qaisara merupakan kekasih Farouk, iaitu sepupu Azizi.
Kedatangan Tuan Ishak membawa pinangan Azizi mengejutkan Qaisara kerana Qaisara menyangka ianya pinangan dari Farouk.
Keputusan Qaisara akhirnya bersetuju berkahwin dengan Azizi, setelah berpisah dengan Farouk. Azizi cuba mengambil hati Qaisara dengan menjadi lelaki romantik.
Majlis perkahwinan Azizi dan Qaisara diadakah secara sederhana. Bermulalah hidup Qaisara sebagai isteri Azizi dan belajar memahami perangai autism Azizi.
Qaisara merahsiakan sesuatu dari Azizi. Azizi cuba tunjukkan pada Qaisara yang dia boleh jadi suami bertanggungjawab dan pertahankan Qaisara dari tuduhan kak Ila.
Qaisara risaukan kecederaan Azizi, ketegangan berlaku bila Qaisara masih rahsiakan perkara sebenar dari semua orang.
Keadaan Qaisara tersempit bila Farouk mengugut untuk dedahkan rahsia mereka. Azizi tetap percayakan Qaisara meskipun Qaisara menipu dibelakang Azizi
Qaisara sedar akan perasaan sayangnya terhadap Azizi dan cemburu melihat keakraban Azizi dengan Ekin.
Dalam kesedihan Azizi mengetahui penyakit Tuan Ishak, Farouk tak berhenti menganggu Qaisara. Namun Qaisara setia menemani dan memujuk Azizi yang autism.
Rahsia Qaisara akhirnya terbongkar. Qaisara dihalau keluar dari rumah tanpa pengetahuan Azizi, sedangkan Azizi didesak untuk ceraikan Qaisara.
Kehilangan Qaisara tekanan besar buat Azizi sehinggakan Tuan Ishak meminta Ekin menipu Azizi supaya Azizi lupakan Qaisara.
Perasaan rindu menghimpit Azizi dan Qaisara. Secara senyap Azizi dan Qaisara bertemu dan meluangkan masa bersama tanpa pengetahuan Tuan Ishak.
Kehidupan Azizi dan Qaisara bahagia meskipun terpaksa bersembunyi dari semua orang. Namun perkara itu telah diketahui oleh Farouk.
Kemunculan Maman membawa rahsia besar Qaisara. Keputusan Azizi membawa Qaisara pulang ke rumah telah diketahui Tuan Ishak.
Qaisara tunjukkan perhatian penuh terhadap Azizi meskipun Tuan Ishak masih belum maafkan Qaisara. Azizi sentiasa prihatin dan merancang bukakan café untuk Qaisara.
Dalam diam Tuan Ishak buat perjanjian dengan Qaisara tanpa pengetahuan Azizi.
Qaisara terkejut mendengar pengakuan Maman bahawa dia bukan anak Fatimah. Qaisara terus berjumpa dengan Fatimah dan bertanya hal sebenar.
Berita kehamilan Qaisara mendatangkan kerisauan pada Azizi. Namun Qaisara yakinkan Azizi bahawa semuanya dalam keadaan baik.
Lepas sahaja Qaisara keluar dari Hospital, keprihatinan Azizi bertambah. Ekin makan hati melihat kemesraan mereka berdua.
Sambutan anniversary pertama Qaisara dan Azizi bertukar tragedi apabila Farouk menfitnah anak yang dikandungkan Qaisara adalah anaknya.
Dengan hati yang berat, Qaisara melamar Ekin untuk berkahwin dengan Azizi. Azizi menolak sekerasnya, namun tersepit dengan permintaan terakhir Tuan Ishak sebelum dia meninggal.
Qaisara hidup bermadu, tak rela berkongsi kasih. Qaisara membawa diri setelah Ekin minta beri ruang. Farouk tuduh Azizi gila untuk singkirkan Azizi dan rampas harta.
Farouk berjaya rampas rumah Azizi membuatkan Azizi terpaksa tinggal di rumah Ekin. Ekin hasut Azizi dan berusaha untuk jauhkan Azizi dari Qaisara.
Qaisara bergaduh dengan Ekin setelah menyedari rancangannya untuk pisahkan dia dengan Azizi. Farouk tahu rahsia dia tiada hak ke atas harta Azizi. Azizi ceraikan Ekin.
Farouk rampas cafe dari Qaisara. Qaisara buntu, tertekan lepas hilang rumah dan cafe. Azizi bertindak bawa Qaisara pergi pantai untuk tenangkan fikiran, jauh dari masalah.