Home / Series / Boneka / Aired Order /

All Seasons

Season 1

  • S01E01 Episod 1

    • December 8, 2025
    • meWATCH

    Pasangan suami isteri, Bella dan Iryan, menyewa bilik di banglo mewah milik Nona. Bella mula rasa tidak selesa dengan tingkah laku pelik Nona, bilik larangannya dan penyewa lain, Gabriel. Namun Iryan makin selesa, terasa kasih ibu dari Nona. Fiza pula hadir, menyembunyikan derita rumah tangganya bersama Helmi.

  • S01E02 Episod 2

    • December 9, 2025
    • meWATCH

    Gabriel’s Illegal business is exposed. Bella ditangkap cuba masuk bilik larangan, namun Iryan cuba mempertahankannya. Naura menyewa bilik di rumah Fiza, gelisah tanpa ubatnya dan kehadiran Helmi. Selepas Bella syak Nona selongkar biliknya, dia mahu pindah, namun Iryan enggan. Rahsia bisnes gelap Gabriel terbongkar.

  • S01E03 Episod 3

    • December 10, 2025
    • meWATCH

    Bella semakin curiga terhadap Halle dan Gabriel dan aktiviti yang mereka jalankan bersama di bilik sewa rumah Nona. Sementara itu, Nona memperkenalkan Fiza kepada Iryan — pertemuan yang mengungkit memori lama dan membuka rahsia yang semakin mengikat mereka semua. Di sebalik senyuman mesra, setiap penghuni rumah Nona menyimpan muslihat masing-masing.

  • S01E04 Episod 4

    • December 11, 2025
    • meWATCH

    Fiza dilanda emosi apabila kenangan pertunangannya dengan Irfan kembali menghantui. Nona pula semakin mengikat Iryan dengan kasih sayang dan manipulasi halus, sementara Bella berasa tertekan dengan pertemuan Naura dan Nona. Dalam diam, rahsia silam Bella mula terbongkar.

  • S01E05 Episod 5

    • December 15, 2025
    • meWATCH

    Naura mahu pindah dari rumah Fiza selepas Helmi cuba serangnya. Nona mendapat maklumat baru tentang Bella daripada ‘H’. Gabriel beritahu Bella cara Halle menyelinap masuk ke dalam rumah. Iryan mengamuk apabila terjumpa pil yang disorok oleh Bella. Seorang penyewa baru tiba-tiba muncul.

  • S01E06 Episod 6

    • December 16, 2025
    • meWATCH

    Bella cuba pertahankan dirinya daripada tuduhan Nona. Nona pula cuba mainkan fikiran Naura. Helmi jejaki Naura di kafe dan menyebabkan Naura dibuang kerja. Halle terdesak dan ugut Gabriel. Gabriel bantu Bella masuk ke dalam bilik larangan.

  • S01E07 Episod 7

    • December 17, 2025
    • meWATCH

    Terkurung dalam bilik larangan, Bella mendapatkan bantuan Iryan. Kehadiran Fiza dan Aliyah di rumah Nona membuat Helmi mengamuk. Naura pulang dalam keadaan meracau. Aliyah jatuh sakit selepas bermain di kebun herba Nona. Gabriel pula cemas apabila Halle tiba-tiba hilang.

  • S01E08 Episod 8

    • December 18, 2025
    • meWATCH

    Pertembungan antara Bella dan Nona menguak rahsia lama yang menggugat rumahtangga Bella. Di saat trauma silam Nona terbongkar di hadapan semua, Iryan dan Gabriel terheret dalam dilema baharu. Malam itu, satu pertemuan rahsia dan satu panggilan misteri membawa kepada penemuan yang mengubah segalanya.

  • S01E09 Episod 9

    • December 22, 2025
    • meWATCH

    Tuduhan Helmi terhadap Naura semakin mengeruhkan keadaan. Sementara itu, Bella akhirnya membuka kisah silamnya kepada Iryan. Di sebalik itu, rahsia lama tentang kebakaran tragis mula terbongkar, mengaitkan nama Deborah dan buku hitam misteri yang menyimpan jawapan. Namun, semakin banyak rahsia didedahkan, semakin bahayalah kedudukan semua penghuni rumah Nona.

  • S01E10 Episod 10

    • December 23, 2025
    • meWATCH

    Kebenaran silam akhirnya terbongkar — Nona berdepan dengan Hassan, Fiza, dan Iryan dalam detik penuh tragedi, sementara Gabriel mendedahkan muslihatnya yang mengejutkan. Namun, api dendam yang lama terpendam mengubah segalanya, meninggalkan kesan yang akan menghantui semua yang terselamat.