Mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan
Fikiran Ainin Sofiya tidak menentu selepas bertemu dengan Hisyam. Dia risau memikirkan nasib diri dan keluarganya. Ainin meminta pertolongan dari kakaknya Anida namun hampa Anida tidak dapat membantu dirinya. Kata Anida, dia sendiri pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hanya bergantung dengan pendapatan abang iparnya sahaja. Tidak berhenti setakat itu, Ainin menelefon abang sulung Asyraf meminta bantuan darinya, namun jawapan yang diberikan sangat menghampakan hati Ainin Sofiya. Asyraf juga mempunyai masalah yang sama dengan Anida. Ainin Sofiya berkira-kira hendak meminta bantuan Iqram sebab dia segan dengan Iqram. Ahmad Ziyad meluangkan masa dengan Hajah Fauziah membeli barang dapur. Ketika ini buat pertama kalinya Hajah Fauziah bertemu dengan Syafinaz, akan tetapi dia tidak berkenan dengan penampilan Syafinaz.
Pertemuan Ainin dengan Haji Marzuki dan Hajah Fauziah buat pertama kalinya telah menambat hati mereka lebih-lebih lagi Ainin lulus ujian memasak. Ainin diminta memasak masakan asam pedas, yang merupakan makanan kegemaran mereka sekeluarga terutamanya Ahmad Ziyad. Namun bahan-bahan tersebut telah disediakan oleh Ahmad Ziyad seperti udang, terung, bendi, tomato, bawang, serai, cili kering dan daun kesom. Pada mulanya Ainin pelik melihat hanya udang sahaja dalam beg plastik, dia beranggapan keluarga Hajah Fauziah suka makan asam pedas udang, di mana jarang orang suka makan. Ainin masak menggunakan bahan yang ada, maka terhasillah asam pedas sayur-sayuran dan udang goreng. Biarpun diterima bekerja namun Ainin Sofiya mengenakan beberapa syarat pada Hajah Fauziah dan Haji Marzuki. Tanpa berfikir panjang, Hajah Fauziah bersetuju dengan syarat Ainin Sofiya tanpa menunggu kata putus dari Ahmad Ziyad.
Ahmad Ziyad sekali lagi mengenakan Ainin Sofiya. Dia mengarahkan Ainin Sofiya masak spaghetti bolognise. Ainin Sofiya terpinga-pinga apabila diarahkan masak spaghetti bolognise untuk dirinya, ayam masak asam pedas untuk Hajah Fauziah dan Haji Marzuki. Hisyam pula datang ke rumah Ainin minta sewa tapi Mak Ipah beritahu yang Ainin tiada di rumah. Hisyam menyuruh Mak Ipah pujuk Ainin supaya menerima dirinya. Mak Ipah hanya mengiakan sahaja kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut. Sebaik sahaja Ahmad Ziyad ke pejabat, Ainin memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah. Habis semua kawasan yang dikemasnya dan mop. Pada tengahari, Ainin bergegas pulang ke rumah untuk mengambil adiknya, Faiz dari sekolah dan menyusukan anaknya Arisha. Selepas mengambil Faiz, Ainin pulang ke rumah untuk menyusukan anaknya. Kemudian dia bergegas pergi semula ke rumah Hajah Fauziah. Pergerakan Ainin diperhatikan oleh seseorang iaitu Ahmad Ziyad.
Ainin Sofiya menyerang Hisyam di kedai Pak Cik Din. Dalam masa yang sama Iqram, Mak Ipah, Faiz muncul. Barulah dia tahu yang Iqram bawa emak, adik dan anaknya keluar makan. Hisyam cemburu dengan Iqram. Iqram beritahu Ainin yang dia akan ke luar negara atas urusan perniagaan selama sebulan. Sementara Ahmad Ziyad semakin suka membuli Ainin Sofiya. Ada sahaja yang dia akan kenakan Ainin Sofiya seperti masak lemak ulam pegaga, masak tempoyak, kemas rumah, mop dan sebagainya. Meskipun adakalanya masakan tersebut, dia tidak makan. Farhana semakin sakit hati dengan Ainin Sofiya sebab emaknya selalu memuji gadis tersebut, begitu juga dengan Haji Marzuki yang menyenangi sikap Ainin.
Setibanya di rumah Ainin, Mak Ipah terkejut Ainin muncul dengan seorang lelaki. Mak Ipah ajak Ahmad Ziyad masuk ke dalam rumah tetapi Ainin menegah. Ahmad Ziyad menerima pelawaan Mak Ipah. Barulah Ahmad Ziyad berkenalan dengan Arisha, dan Faiz. Simpati Ziyad semakin membuak-buak apabila melihat keadaan Faiz. Ketika ini Hisyam dan kawan-kawannya muncul di rumah Ainin. Hisyam berterusan mengugut Ainin lebih-lebih lagi dia lihat ada sebuah kereta mewah di hadapan rumah Ainin. Dia rasa tercabar dan tertanya-tanya. Ahmad Ziyad memasang telinga sahaja mendengar pergaduhan tersebut. Sebelum pulang ke rumah Ahmad Ziyad menghulurkan sebuah kotak telefon bimbit. Ainin enggan terima pemberian Ahmad Ziyad tapi Ahmad Ziyad memaksa dan memberitahu ianya untuk memudahkan Ainin berhubung dengan mereka sekeluarga. Ainin akur.
Hisyam merasa sangat gembira apabila wang RM1000.00 berada di tangannya. Dia yakin kali ini Ainin takkan menolak permintaannya. Iqram yang kebetulan baru balik dari luar dari Kuala Lumpur, menghantar Ainin ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya. Semua perbelanjaan ditanggung oleh Iqram. Berita Ainin di ragut sampai ke pengetahuan Ahmad Ziyad apabila bapanya Haji Marzuki memberitahu dirinya dan Hajah Fauziah malam itu. Kebetulan Haji Marzuki terserempak dengan Ainin di hospital bersama Faiz. Esoknya, Ainin Sofiya terlupa hendak membawa kunci rumah, kebetulan Ahmad Ziyad belum ke pejabat. Ahmad Ziyad memarahi Ainin kenapa perlu menjerit dan tidak menelefon terlebih dahulu kalau tak bawa kunci rumah. Ainin minta maaf, dan memberitahu yang dia tidak ada kredit jadi macam mana hendak telefon. Ahmad Ziyad tidak jadi memarahi Ainin sebaliknya dia simpati dengan Ainin serta mula mengorek sedikit demi sedikit latar belakang Ainin.
Ainin balik ke rumah memikirkan kata-kata Ahmad Ziyad. Mak Ipah berterus-terang dengan Ainin mengenai wang yang digadai hendak diberikan kepada Anida kerana Anida mengalami masalah kewangan. Ketika ini barulah Ainin tahu masalah yang dihadapi oleh kakaknya. Ainin memberitahu Mak Ipah bahawa dia akan memasukkan sedikit wang kepada Anida. Ahmad Ziyad kelihatan gelisah, dia memikirkan mengenai lamarannya pada Ainin. Ahmad Ziyad ambil wudhu dan menunaikan solat istikarah. Ainin serba salah, dia masih tidak memberitahu Mak Ipah mengenai lamaran Ahmad Ziyad. Iqram datang ke rumah bertanyakan khabar Arisha dan Ainin. Ketika ini, Ahmad Ziyad muncul di hadapan rumah Ainin Sofiya. Iqram bertembung tapi Ainin Sofiya perkenalkan Ahmad Ziyad sebagai majikannya. Ahmad Ziyad menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Ainin dengan bersyarat. Ainin terkejut, dan Mak Ipah terima lamaran Ahmad Ziyad.
Rancangan Asyraf dan Anida dapat dihidu oleh Mak Ipah. Mak Ipah menasihati mereka agar jangan sesekali mengganggu hidup Ainin. Tapi mereka berdua tidak mempedulikan kata-kata Mak Ipah. Di rumah Hajah Fauziah, Ainin risau kalau-kalau dia terlepas kata. Tapi sebaliknya Ahmad Ziyad layan dia macam biasa sahaja. Ahmad Ziyad sentiasa mengingatkan Ainin tentang tujuan dia menikahi Ainin hanya hendak menolong sahaja dan syarat-syarat yang perlu Ainin patuhi. Ainin membayar wang sewa kepada Hisyam sebaik sahaja sah bergelar isteri Ahmad Ziyad. Hisyam terkejut dan menyuruh kuncu-kuncunya menyiasat dari mana Ainin dapat duit tersebut. Ashriq memberitahu Farhana yang dia perasan akan perubahan sikap Ahmad Ziyad kebelakangan ini. Farhana juga mengakui yang dia perasan akan perubahan abangnya. Ketika itu, Syafinaz terdengar perbualan mereka. Ashriq buat pertama kalinya memperkenalkan Syafinaz sebagai bakal kakak ipar Farhana tapi dia tidak perkenalkan Farhana sebagai adik Ahmad Ziyad.
Perubahan sikap Ahmad Ziyad dapat dikesan oleh Hajah Fauziah. Sememang seorang ibu dapat merasai apa yang berlaku pada setiap anaknya. Ahmad Ziyad dah mula suka berada di rumah pada sebelah pagi dan pulang lewat malam. Hajah Fauziah cuba berbincang dengan Haji Marzuki tentang percutian ke London sambil menyelit cerita tentang Ahmad Ziyad. Haji Marzuki hanya tergelak dengan perasaan Hajah Fauziah. Lagipun Ahmad Ziyad memang dah besar panjang dan biarkan dia tentukan hidupnya. Mungkin Ahmad Ziyad keluar bersama klien atau Syafinaz. Hajah Fauziah tidak percaya sebab dia dapat merasakan ada perkara lain yang disembunyikan oleh Ahmad Ziyad. Di pejabat Datuk Majid, Syafinaz membuat kejutan dengan memakai baju kurung semasa mesyuarat bersama Datuk Majid dan Ahmad Ziyad. Ahmad Ziyad terpaku dengan penampilan Syafinaz dan semasa mesyuarat, Ahmad Ziyad tegas dalam keputusannya dalam bekerja. Di sini karisma Ahmad Ziyad memang terserlah sehingga dapat menyakinkan Datuk Majid.
Ahmad Ziyad memarahi Ainin kerana masih lagi melayan lelaki lain. Ainin tidak mempedulikan Ahmad Ziyad sebaliknya mengingatkan Ahmad Ziyad tentang perjanjian mereka. Ahmad Ziyad tersentak Ainin berani memarahinya. Haji Marzuki meluangkan masa ke kedai makan Pak Cik Din setelah sekian lama dia tidak ke sana. Pak Cik Din bertanyakan pada Haji Marzuki bagaimana kerja Ainin. Haji Marzuki memuji Ainin depan Pak Cik Din. Ketika ini Hisyam muncul bersama kuncu-kuncunya dengan perasaan marah. Haji Marzuki pasang telinga apabila Hisyam menyebut nama Ainin. Tanpa pengetahuan Ainin, Asyraf berkali-kali bertemu Ahmad Ziyad untuk meminta pertolongan dari segi kewangan. Ahmad Ziyad yang simpati dengan Asyraf membantunya dengan menghulurkan wang. Ashriq terserempak dengan Ahmad Ziyad dan Asyraf di sebuah restoran. Ashriq menelefon Ahmad Ziyad mengingatkan mesyuarat mereka.
Ahmad Ziyad sudah mula jatuh cinta dengan Ainin. Dalam mesyuarat pun dia tidak boleh fokus. Ashriq perasan perubahan Ahmad Ziyad, lalu bertanya pada dirinya apa sebenarnya yang berlaku dan siapa lelaki bersama Ahmad Ziyad. Asyraf menghulurkan wang yang diperolehi dari Ahmad Ziyad kepada Anida. Manakala sebahagian lagi di berikan pada Ah Long. Rupanya Asyraf berhutang dengan Along untuk memulakan perniagaannya. Anida pula berhadapan dengan suami yang kaki judi. Ahmad Ziyad menelefon Ainin tetapi Ainin tidak menjawab. Ahmad Ziyad gelisah, dan tindakannya itu diperhatikan oleh Farhana. Farhana memberitahu ibunya tentang perubahan Ahmad Ziyad.
Ahmad Ziyad membawa Ainin ke rumahnya di Tanjung Karang setelah mendapat kebenaran Mak Ipah. Ainin yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja kemahuan Ahmad Ziyad. Ketika di rumah tersebut, Ainin terpegun melihat dekorasi rumah tersebut. Ahmad Ziyad meluahkan perasaannya pada Ainin. Ainin pelik melihat kelakuan Ahmad Ziyad. Ahmad Ziyad menambah syarat perkahwinannya, iaitu dia ingin memberi nafkah zahir dan batin. Bertambah terkejutlah Ainin. Sementara itu, Anida memberikan wang kepada suaminya dan menasihati suaminya agar berhenti berjudi. Akan tetapi Anida dimarahinya. Asyraf semakin tertekan apabila kuncu-kuncu Ah Long meminta hutang selebih darinya. Syafinaz perlahan-lahan membuka hatinya untuk menerima Khairil Anwar. Dia sudah mula membandingkan Khairil Anwar dengan Ahmad Ziyad. Farhana sudah pandai keluar berdua-duaan dengan Ashriq tetapi dia masih mahu merahsiakan hubungan mereka berdua. Melalui Ashriq tahulah Farhana yang Ahmad Ziyad dah berubah.
Ainin bergaduh dengan Ahmad Ziyad mengatakan dia tidak mahu ambil pil perancang. Tapi Ahmad Ziyad mengatakan bahawa ini untuk kebaikkan mereka dan masih mahu merahsiakan perkahwinan mereka. Mahu tidak mahu Ainin akur dengan kehendak Ahmad Ziyad. Malam itu, berlakulah berlakulah sesuatu antara mereka berdua, maka lengkaplah hubungan mereka sebagai suami isteri. Farhana memberitahu Hajah Fauziah yang dia syak Ahmad Ziyad ada wanita lain selain Syafinaz. Tetapi Hajah Fauziah tidak mempercayainya. Hanya Haji Marzuki sahaja yang tidak memberi sebarang response. Hajah Fauziah mengingatkan Haji Marzuki dan Farhana yang mereka akan bertolak ke London tidak lama lagi. Anida mengambil keputusan untuk keluar dari rumahnya dan berpindah ke rumah Ainin tanpa pengetahuan suaminya. Setibanya Ainin dari Tanjung Karang dia terkejut melihat Anida ada di rumahnya. Anida menceritakan masalahnya pada Ainin dan Mak Ipah.
Ahmad Ziyad meyakinkan Datuk Majid tentang projek Villa Kenchana. Datuk Majid bersetuju dengan nasihat Ahmad Ziyad. Demam Arisha semakin kebah. Hisyam menganggu Ahmad Ziyad yang ketika itu baru selesai mesyuarat dengan Datuk Majid. Ahmad Ziyad sakit hati, Syafinaz dan Datuk Majid tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki tersebut. Sementara itu, suami Anida semakin tidak keruan apabila melihat anak dan isterinya tidak ada di situ. Dia menelefon Anida, menyuruhnya balik. Tetapi Anida tidak mahu balik selagi suaminya tidak berubah. Hubungan Ahmad Ziyad dan Ainin semakin bertambah baik, lebih-lebih lagi mereka berbulan madu ke Kota Kinabalu bersama Mak Ipah, Arisha dan Faiz. Anida tidak mahu turut serta meskipun telah diajak oleh Ahmad Ziyad.
Anida balik ke rumahnya di Muar. Suami Anida berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Suami Anida menyakinkan Anida yang dia akan berubah demi anak-anak mereka. Zarul terpikat dengan Ainin pertama kali bersua muka. Zarul minta Ainin memasak nasi beriani untuk dirinya. Hajah Fauziah menyuruh Ahmad Ziyad menjemput Syafinaz untuk makan di rumahnya. Ahmad Ziyad keberatan tapi dia turuti jua. Ainin memasak juadah makan malam tersebut sehingga Hajah Fauziah kerap memujinya. Syafinaz sakit hati apabila Hajah Fauziah asyik puji Ainin. Mata Zarul tidak lekang memandang Ainin. Hajah Fauziah mencadangkan Ahmad Ziyad dan Syafinaz bertunang. Syafinaz teruja tetapi Ahmad Ziyad berdolak dalih. Hajah Fauziah perasan yang Ahmad Ziyad tidak gembira. Ahmad Ziyad sempat berbisik pada Ainin supaya terus ke rumah mereka lepas kerja. Ainin menurut. Di rumah Ahmad Ziyad, Ahmad Ziyad bertanyakan pendapat pada Ainin. Ainin seperti tidak ada perasaan, menyuruh Ahmad Ziyad bersetuju.
Ainin serba salah hendak menolak Iqram sebab dia pernah sukakan Iqram. Dalam masa yang sama dia keliru dengan perasaannya. Hubungan Anida dan suami semakin baik apabila Ahmad Ziyad menawarkan pekerjaan kepada suami Anida sebagai budak pejabat. Datuk Majid semakin gelisah kerana projek Kenchana Villa belum dapat CC lagi, dia mengugut Ahmad supaya luluskan kalau hendak kahwin dengan Syafinaz. Ahmad Ziyad terpaksa akur dengan kehendak Datuk Majid. Khairil Anwar mendapat tahu mengenai projek Datuk Majid. Dia seperti berminat untuk membantu tetapi dia membuat rancangan dengan teliti. Zarul cuba memikat Ainin Sofiya masa Ainin tengah masak, kebetulan Farhana balik.
Farhana memberitahu ibunya mengenai Ainin Sofiya dan Zarul. Hajah Fauziah tidak percaya sebab dia tahu perangai Ainin dan Zarul macam mana. Dia lebih percayakan Ainin. Bertambah sakit hatilah Farhana. Haji Marzuki menunjukkan sikap ambil beratnya pada Ainin sehingga membuatkan Hajah Fauziah meraguinya. Iqram menagih jawapan dari Ainin Sofiya tetapi Ainin Sofiya masih keliru dengan perasannya. Iqram minta Ainin Sofiya buat pertama kali memasak lauk asam pedas untuk dirinya. Ainin tidak membantah sebaliknya masak untuk Iqram. Ahmad Ziyad termakan dengan kata-kata Farhana lebih-lebih lagi Zarul beritahu Hajah Fauziah yang dia dah sukakan Ainin. Ahmad Ziyad ajak Ainin balik rumah mereka. Ainin terkejut melihat semua pakaian yang ada di situ. Ahmad Ziyad beritahu semuanya adalah untuk Ainin. Ainin tidak percaya dan mengatakan baju tersebut bukan untuknya tetapi Syafinaz. Ahmad Ziyad bengang dengan Ainin. Ainin mengalah, kali ini dia pujuk Ahmad Ziyad.
Aininlah yang sibuk sekali di majlis pertunangan Ahmad Ziyad. Mujur ada Zarul yang rajin membantunya. Ashriq pula seperti mahu bertanyakan sesuatu pada Ahmad Ziyad. Dia rasa tidak sedap hati sebab dia dah tahu rahsia Ahmad Ziyad. Malam itu, Ainin keletihan. Ahmad Ziyad menelefonnya pun dia tidak menjawab. Ahmad Ziyad risau dan tahu Ainin merajuk dengannya. Lebih-lebih lagi Ahmad Ziyad tadi buat tidak tahu sahaja dengannya. Ahmad Ziyad buat keputusan pergi ke rumah Ainin, malam tu jugak. Hajah Fauziah melarang tetapi Ahmad Ziyad pergi jugak. Ahmad Ziyad hendak berjumpa dengan Ainin tapi Mak Ipah beritahu yang Ainin dah tidur. Dia tetap berdegil nak masuk tengok Ainin tidur, rasa rindu dengan isterinya itu.
Syafinaz terganggu dengan apa yang dia nampak. Projek Kenchana Villa mendatangkan masalah apabila ada keretakan menyebabkan Ahmad Ziyad tidak jadi hendak keluarkan CCC lebih awal. Datuk Majid bengang dengan Ahmad Ziyad dan meminta Syafinaz putuskan pertunangan. Syafinaz berbelah bahagi kerana dia masih cintakan Ahmad Ziyad walaupun dia tahu Ahmad Ziyad dah berubah. Khairil Anwar menawarkan diri untuk membantu Datuk Majid. Iqram pula berjumpa dengan Ainin dan menghulurkan kad kahwinnya. Ainin terkejut kerana dia ingatkan Iqram hendak berkahwin dengannya. Iqram berterus-terang dengan Ainin bahawa semua yang dilakukan adalah untuk satukan Ainin dengan Ahmad Ziyad. Dia sudah tahu Ainin dah kahwin melalui Mak Ipah. Haji Marzuki meminta penjelasan dengan Farhana tentang siapa lelaki yang bersamanya. Farhana terkejut ayahnya tahu rahsianya dan terpaksa berterus-terang.