Sewaktu misi mula bermasalah, Alicia menyatakan bahawa kalau bukan kerana I.R.I.S. yang sedang dipakai oleh Ali, tentu dia akan menggunakan "Protokol Gegas". Setelah gangguan kuasa berlaku di Cyberaya, ejen-ejen M.A.T.A. telah dihantar untuk menyiasat masalah tersebut. Semasa misi itu, Ali terkejut selepas mengetahui tujuan sebenar "Protokol Gegas" daripada Bakar.
Ali, Bakar, Comot dan Alicia dibawa ke Akademi M.A.T.A., tetapi dengan syarat Ali perlu bersedia untuk menjalani satu ujian bagi melayakkan kemasukannya.
Selepas diterima masuk ke Akademi M.A.T.A., Ali disambut baik oleh semua orang termasuk ejen junior, kecuali seorang ejen.
General Rama telah menghantar ejen-ejen dari Akademi M.A.T.A. untuk misi pertama mereka iaitu menghentikan penjahat yang telah menggodam stesen keretapi Cyberaya!
Seorang lelaki tua misteri yang membenci teknologi telah menimbulkan malapetaka merentasi Cyberaya.
Seorang ejen yang bekerja di bawah Uno telah menyusup ke dalam Akademi M.A.T.A.!
Ali telah digantung dari menjalankan misi buat sementara, dan pada masa yang sama dia tertinggal kunci rumahnya jadi Ali menumpang di rumah Aunty Faye dan bermain dengan cucunya yang bernama Danish.
Rizwan kembali ke dalam M.A.T.A. untuk membantu mentor-mentor di dalam misi seterusnya.
Rizwan menyertai pasukan Uno dengan niat untuk menghapuskan M.A.T.A. sementara Ali sangat meragui tentang dirinya sebagai ejen.
Rizwan diarahkan oleh Jenny untuk mencari Cuatro jika tidak mahu apa-apa masalah berlaku kepada diri Rizwan sendiri.
Analogman kembali membuat kekacauan di bandar Cyberaya dengan bantuan rakan-rakan barunya. Sementara itu Ali memperkenalkan ciptaan gajet barunya yang dipanggil I.R.I.S. Atlas.
Rizwan mampu menguasai ilmu penuh INVISO dan dia menggunakannya untuk memusnahkan markas Numeros.
Semua ejen M.A.T.A. telah bersedia untuk melindungi bandar Cyberaya pada ketika kumpulan Numeros sedang dalam perjalanan untuk memulakan sesuatu yang dahsyat di Akademi M.A.T.A..
Setiap ejen M.A.T.A. harus mencegah tindakan Uno dari mengakses mainframe M.A.T.A..